Tuesday 25 August 2015

Melayu terbangsat jika Umno kalah.. apakah.???


Siapa yang membangsatkan Melayu ? – Jawapan Kepada Najib Razak.

Semalam Rakyat Malaysia terus dikejutkan dengan kenyataan jujur YAB Perdana Menteri Najib Razak.
Siri-siri kegagalan retorika Perdana Menteri diteruskan dengan jayanya oleh beliau, kali ini dengan kenyataan orang Melayu akan terbangsat sekiranya Umno kehilangan kuasa. Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong Umno di dua bahagian di Negeri Perlis semalam.

Thursday 13 August 2015

Nelayan Australia Berjaya Tangkap Jerung Gergasi, Tindakan Itu Timbul Kemarahan Netizens


Seorang nelayan yang bernama Matthew telah mengesahkan beliau telah berjaya menangkap seekor jerung harimua raksasa sepanjang 4 meter di Pantai Pottsville,  New South Wales, Australia.

Jerung berkenaan dikatakan telah dijual kepada pemboroang di sebuah pasar ikan di bandar berkenaan dan dia hanya menyimpan rahang dan gigi haiwan berkenaan sebagai cendera mata.

Walaupun pada awalnya orang ramai hanya menganggap penangkapan jerung berkenaan hanyalah khabar angin namun Matthew telah tampil mengesahkan bersama gambar bahawa ia adalah benar dan dia yang menangkap haiwan berkenaan.

"Saya adalah orang yang mengambil gambar itu dan saya adalah orang yang menarik ikan itu naik ke kapal, Saya menangkap jerung ini empat belas batu dari Tweed Heads." katanya.

Semasa menaikkan jerung berkenaan dia tidak dapat memastikan spesis jerung berkenaan dengan tepat.

"Saya hanya mengetahui ia jenis jerung harimau dan bukannya Jerung putih selepas berjaya menaikkan haiwan berkenaan." katanya lagi.

Kejuruteraan Semulajadi, Bagaimana Burung Membina Sarang Menggunakan Lumpur

Selalu kita sering disajikan dengan kehebatan kejuruteraan hebat yang menghasilkan bagunan tertinggi didunia, bagunan paling canggih di dunia dan pelbagai lagi.

Namun kita perlu sedari, sebaik-baik ciptaan tuhan adalah manusia dan sudah pasti dikurniakan akal fikiran yang hebat untuk menghasilakn sesuatu.

Tapi, pernahkah kita terfikir ada juga makhluk lain dalam menghasilkan kejuruteraan yang hebat walaupun tidak setanding dengan kehebatakan ciptaan manusia.

Kalau dari segi akal, bagaimana seekor binatang tiada akal akan mampu membina sarang mereka dengan bentuk yang hebat sekali seperti burung, memerang dan lain-lain.

Mari kita saksikan kehebatan pembinaan sarang burung yang hebat ini di mana pada mulanya ianya hanya kelihata biasa-biasa sahaja. Tapi apabila siap sarangnya ia seolah-olah satu keajaiban apabila sarang tersebut dibina siap dengan dinding penghadang angin atau dalam bahasa mudahnya bilik di mana menjadi ruang si ibu bertelur dan mengeram tanpa gangguan cuaca diluar.