Thursday 13 August 2015

Nelayan Australia Berjaya Tangkap Jerung Gergasi, Tindakan Itu Timbul Kemarahan Netizens


Seorang nelayan yang bernama Matthew telah mengesahkan beliau telah berjaya menangkap seekor jerung harimua raksasa sepanjang 4 meter di Pantai Pottsville,  New South Wales, Australia.

Jerung berkenaan dikatakan telah dijual kepada pemboroang di sebuah pasar ikan di bandar berkenaan dan dia hanya menyimpan rahang dan gigi haiwan berkenaan sebagai cendera mata.

Walaupun pada awalnya orang ramai hanya menganggap penangkapan jerung berkenaan hanyalah khabar angin namun Matthew telah tampil mengesahkan bersama gambar bahawa ia adalah benar dan dia yang menangkap haiwan berkenaan.

"Saya adalah orang yang mengambil gambar itu dan saya adalah orang yang menarik ikan itu naik ke kapal, Saya menangkap jerung ini empat belas batu dari Tweed Heads." katanya.

Semasa menaikkan jerung berkenaan dia tidak dapat memastikan spesis jerung berkenaan dengan tepat.

"Saya hanya mengetahui ia jenis jerung harimau dan bukannya Jerung putih selepas berjaya menaikkan haiwan berkenaan." katanya lagi.


Kerana tindakan menangkap jerung berkenaan, ramai netizens telah mengkritik tindakan Matthew tersebut kerana mereka menyifatkan ia adalah haiwan yang terancam dan hampir pupus.

Gambar berkenaan telah dimautnaik ke laman Facebook The Northern Star, beberapa pengguna Facebook telah mengkritik tindakan nelayan berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Flower Power berkata sepatutnya jerung berkenaan tidak ditangkap dan hanya perlu melepaskannya kembali.

"Mengapa (menangkapnya) kerana ia seolah-olah serupa dengan negara Jepun yang sering menangkap ikan lumba-lumba atau China yang sering menangkap ikan paus sedangkan negara Australia memerangi nelayan kedua-dua negara berkenaan," katanya.

"Jerung berkenaan sepatutnya tidak ditangkap, biarkanlah dia hidup bebas di lautan berenang tanpa mengganggu sesiapa" kata Mark T Albert. - Siakapkeli.my


No comments:

Post a Comment