Thursday 31 January 2019

Lelaki Ini Bongkar Kisah, Bertapa Susahnya Hendak Mencari Seorang Sniper Untuk Negara, Walaupun Wakil Penembak Tepat Negara Belum Tentu Boleh Lulus Title ‘Sniper’.



“Apa beza penembak tepat (MARKSMAN) dengan SNIPER?”=
Ini kali pertama saya tulis tentang ini, kerana selama ini saya berdiam walaupun ramai yg bertanya. Baiklah, saya jawab secara ringkas saja (yg selebihnya ialah rahsia)=
1. Semua orang boleh jadi ‘penembak tepat’ (marksman) kalau dilatih dengan betul. Tetapi untuk menjadi seorang sniper, walau ‘penembak tepat’ itu dilatih pun belum tentu dapat jadi sniper. Maksudnya, walaupun kamu penembak wakil negara, belum tentu kamu dapat jadi seorang sniper.
2. Ada 2 jenis sniper, iaitu ‘dilatih menjadi sniper’, dan ‘dilahirkan menjadi sniper’… Kalau dia dilatih menjadi sniper, jika dah lulus kursus, kena selalu berlatih dan asah skil yg ada. Jika tidak, segalanya akan hilang sekejap saja… Kalau dia ada bakat kurniaan tuhan yg ‘dilahirkan menjadi sniper’, setelah lulus kursus sniper, dia jadikan segala ilmu sniper sebagai kehidupan seharian dia.
2. Jika kamu dipilih yg terbaik antara yg terbaik, kamu akan dihantar untuk hadir kursus sniper. Disini jumlah lulus teramat rendah. 30 orang yg berkursus, belum tentu 1 orang pun boleh lulus. Jadi di hari terakhir kursus, jika dalam sijil ditulis GAGAL, itu biasa, ramai dah orang rasa. Kenapa? Kerana level yg ditetapkan tentera amat tinggi. Dan pergi kursus itu ulang 2-3 kali, pun tak lulus juga, itu juga biasa. Lupakan apa yg kamu tengok di wayang atau cerita movie, ini realiti.
3. Penembak tepat menembak dalam keadaan selesa, tanah rata, cuaca elok, dan jarak yg dekat.. TETAPI Seorang sniper menembak musuh dalam keadaan amat tak selesa, tanah tak tentu hala, segala bentuk cuaca, segala bentuk hutan atau bandar, dengan jarak yg jauh, tambah lagi berseorangan dan dari lokasi yg tidak kelihatan.
4. Setiap yg lulus dan diiktiraf sebagai sniper, maka nama mereka disimpan dan mereka diperhati oleh beberapa agensi keselamatan. Kerana mereka adalah aset negara. Juga kerana seorang sniper mahir membunuh target berprofail tinggi seperti raja2, menteri2, jeneral2, atau sesiapapun yg dikawal ketat di pihak musuh. Seorang sniper juga akan diperhati (walaupun sudah pencen) sehingga mereka mati, kerana selagi hidup, mereka merbahaya dan boleh melatih orang lain juga menjadi merbahaya.
4. Kamu memang boleh kenal siapa antara kenalan kamu yg telah diiktiraf sniper, tetapi kamu tidak akan tahu apa yg dia buat atau apa operasi yg dia lakukan. Kerana kerahsiaan dan pandainya seorang sniper menyorok dan bersembunyi apapun yg mereka telah buat, sedang buat atau bakal buat. Isteri mereka pun tak tahu.
5. Sepasang anggota sniper, boleh buat kucar kacir dan masalah besar kepada satu divisyen tentera musuh (satu divisyen lebih kurang 10 ribu orang). Jadi bayangkan kalau sniper itu berpaling tadah atau jadi pengganas.
6. Jumlah sniper? Semua negara, jumlahnya amat sedikit. Jumlah sebenar mereka adalah rahsia, tetapi mereka kenal sesama mereka dengan kod-kod yg ada sesama mereka. Yg sniper amat sikit, yg jadi jurulatih sniper, lagilah sedikit. Jadi kalau sesiapa nak menyamar sebagai sniper pun tak berguna, kerana sesama sniper tahu siapa sebenarnya sniper.
7. Sniper bukan saja satu gelaran dan pengiktirafan, ia juga satu cara kehidupan. Seorang sniper yg sejati, sentiasa hidup dengan ‘cara sniper’… Nafas pun cara berbeza, cara mata melihat pun berbeza, cara berjalan pun berbeza, segala kehidupannya sebagai seorang sniper ialah ‘sniper’. (Yg faham akan faham)
Cukup ringkasan ini, selebihnya ialah rahsia negara. Berbanggalah kerana negara kita ada golongan sniper yg diiktiraf antara yg TERBAIK di dunia.
*Moga ini menjadi inspirasi dan semangat kepada anak-anak muda, untuk mencapai 1 tahap yg tertinggi sebagai insan yg diiktiraf SNIPER*
Sumber Fb Mohd Fitri

Tuesday 29 January 2019

Yamaha R25 Model Terbaru Yang Bakal Masuk Pasaran Malaysia

R25 Yamaha03
YAMAHA Motor Co Ltd telah melancarkan model motosikal popular YZF R25 terbaharu yang telah dinaik taraf dengan rupa bentuk lebih segar dan sporty, sekali gus mengukuhkan lagi dominasi Yamaha dalam kategori motosikal 250cc.
Melihat daripada rekabentuk, sekilas pandang hampir sama seperti Yamaha R15 (v3.0) yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Cuma ianya tampil dengan rekaan bentuk lebih agresif dengan Lampu LED dan bentuk badan lebih tajam. Model ini akan dilancarkan serentak ke seluruh dunia dengan satu lagi model untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) iaitu YZF-R3 sempena majlis Ulang tahun ke-20 Siri R-1.

‘Pantai Kucing’ di Teluk Bahang ini didiami oleh 250 ekor kucing yang jinak-jinak belaka!


Bagi semua pencinta kucing, meluangkan masa bersama haiwan yang comel dan gebu ini pastinya akan membuatkan kita berasa amat tenang dan gembira. Tidak kiralah sama ada kucing tersebut berbaka baik mahupun sekadar kucing jalanan, hati kita pasti akan menjadi ceria setiap kali melihat kucing.



Tahukah anda bahawa Malaysia memiliki sebuah pantai yang dihuni oleh ratusan kucing comel? Lebih mengujakan lagi, kesemua kucing ini sangat dahagakan perhatian jadi anda pasti akan berpeluang untuk membelai mereka sepuas hati…
‘Pantai Kucing’ ini dikatakan telah mula ditubuhkan di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada tahun 2014. Sejak itu, terdapat lebih daripada 250 ekor kucing telah mendiami kawasan ini dan menjadikan habitat tetap mereka!
Memetik laporan The Star dan Astro AWANI, santuari kucing di tepi pantai ini diasaskan oleh seorang wanita Amerika Syarikat bernama Teviot Fairservis dengan kerjasama nelayan tempatan dikenali sebagai Nana Wan Chik atau lebih mesra dengan panggilan ‘Papa Kucing’.
Misi kedua-dua pencinta kucing ini hanyalah satu iaitu untuk menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan buat kucing-kucing terbiar.
Kredit: Facebook
“Ada yang memukul dan membuang mereka sekali gus membuatkan kucing-kucing ini berada di sini. Kamilah harapan terakhir untuk kesemua kucing terbiar ini,” kata Teviot.
Di santuari ini juga, terdapat sebuah rumah papan kecil yang berhadapan dengan pantai dan membelakangi kawasan hutan. Hal ini sekali gus menjadikan kawasan berkenaan sebagai persekitaran yang sangat kondusif untuk membolehkan kucing-kucing ini bergerak dengan bebas.
selain daripada dapat bermain bersama kucing-kucing yang jinak ini, anda juga berpeluang untuk menikmati pemandangan yang segar dan menenangkan…
Tambahan pula, jika anda memasang niat untuk memelihara kucing, anda boleh membawanya pulang ke rumah dan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada kucing tersebut. Hal ini demikian kerana peruntukan untuk mengusahakan rumah perlindungan haiwan yang banyak seperti ini sudah tentu memakan kos yang tinggi bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga perubatan, rawatan vaksin dan sebagainya.
Justeru, sejak tahun 2015, perbelanjaan keseluruhan bagi santuari ini dikatakan mencecah sehingga RM110,000 berikutan peningkatan kucing-kucing baru yang diletakkan di kawasan tersebut.
Kredit: Facebook


Petua-petua Yang Memberi Kebaikan

Apa itu petua?
Petua adalah amalan baik yang menjadi ikutan oleh semua orang. Tak kira kamu bangsa apa, agama apa sekalipun masing-masing ada petua yang tersendiri. Petua untuk menjaga diri, petua untuk kesihatan diri, petua untuk kelihatan cantik berseri dan macam-macam lagi.
Kita harus mengamalkan petua-petua yang memberi kebaikan dan bukan memudaratkan diri. Yang paling penting petua yang diamalkan tidak menjurus kepada perkara syirik. Saya sendiri pun mengamalkan beberapa petua.
Tapi kadang-kadang tu ikut mood juga. Petua untuk suka-suka je. Kalau rasa agak berbaloi boleh follow petua ni tapi kalau rasa ala-ala aje… tak pe, yang penting anda semua nak baca jugak kan.

Petua ketika makan

Makanlah apa saja di kala sihat. Tapi biarlah berpada-pada. Makan bila perlu. Kalau makan pun tiada sistem itu yang kerap mengganggu kesihatan perut. Menu makan tu dimestikan hidang sekali sayuran atau ulaman. Tak kiralah, timun, kangkong, bendi atau terung yang dicelur, ‘lettuce’dan bermacam-macam lagi ulaman yang kaya dan banyak khasiat.
Kita semua maklum yang sayur-sayuran ini amat bagus untuk pencernaan. Sayuran juga sangat elok bagi kulit kita untuk kelihatan licin dan tidak kering. Sewaktu makan juga kurangkan minum air untuk elak perut buncit. Lebih baik kalau kita amalkan minum air suam sahaja.

Petua untuk kempis perut

Perut ni susah sikit nak jaga. Kena tengok juga cara pemakanan. Saya sendiri pun kadang-kadang perut ni buncit jugak. Tapi sebelum tidur saya akan cuba buat senaman ringan dalam 10 minit. Cara saya dengan buat senaman sit up sambil tahan nafas, tegakkan kaki ke atas dengan kedua belah tangan memegang kiri dan kanan pinggang dan membongkok badan sambil meluruskan kaki.
Bukan perut saja tapi punggung kita juga lebih mantap. Senaman begini kena rajin buat. Nak sihat nak cantik kenalah buat senaman.

Petua air minuman

Saya memang kurang minum air. Minuman kopi memang kesukaan. Tapi dah beberapa minggu saya amalkan kalau bersarapan pagi mesti minum air limau. Kadang-kadang tu kat rumah buat teh ‘O’ limau.

Ular Masuk Rumah Anda? Ini Tindakan Yang Perlu Dilakukan






Sebelum ni saya sudah berkongsi cara-cara untuk mengelak ular memasuki kawasan kediaman Kali ini, saya nak berkongsi pula tndakan yang harus dilakukan sekiranya terdapat ular yang memasuki kawasan rumah.
Tindakan tuan rumah sebelum pasukan penyelamat sampai adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan tuan rumah dan keselamatan pasukan penyelamat.
Perkara yang perlu dielakkan
  1. Mula-mula sekali kalau kita terjumpa ular dalam rumah, jangan sesekali cuba untuk menangkap ular tersebut jika tidak mempunyai kemahiran.
  2. Jangan sesekali cuba untuk mencederakan ular. Ular akan lebih agresif bila berasa terancam, lebih-lebih lagi jika ulat tersebut dalam keadaan cedera.
Ular tersebut akan cuba untuk menyerang. Adakah anda sudah cukup bersedia untuk diserang?
  1. Jangan halau ular dengan menggunakan sebarang alatan.

Baru Tahu Rupa-Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat



Masakan orang Malaysia memang tak sah kalau tak pakai cili. Barulah lebih ‘kaw’ dan ‘menyengat’. Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan.
Tapi kadang-kadang cili kisar yang kita simpan dalam peti ais hanya boleh bertahan sekejap. Baru seminggu dah berbau. Kalau lebih lama, mungkin boleh tumbuh kulat pula!
Dalam perkongsian kali ini, kami mendapatkan tips yang amat praktikal untuk buat cili kisar tahan lama oleh Puan Mim Nazihah yang mesra dengan gelaran Kak Mim.
Menurut Kak Mim, inilah cara yang selalu dipraktikkan untuk membuat cili kisar tahan lama. Boleh tahan sampai berbulan-bulan!

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
  1. Potong & Cuci
Pertama sekali, potong cili kering, buang bijinya dan kupas bawang putih. Kemudian, cuci bersih-bersih dengan menggunakan air paip.
  1. Rebus
Seterusnya, rebus cili kering bersama bawang putih sampai cili menjadi lembut. Gunakan air tapisan semasa merebus cili kering dan bawang putih ini.
  1. Toskan
Apabila cili dah lembut, toskan semua cili dan bawang putih di dalam periuk tadi.
Tak perlu basuh lagi sebab tadi ia dah dicuci bersih. Jangan basuh semula guna air paip, takut nanti cili kisar tak tahan lama.
  1. Kisar
Selepas ditos, biarkan sekejap agak-agak cili dan bawang putih dah sejuk sedikit.
Kemudian kisar semua bahan ini dengan menambahkan air tapisan supaya ia dapat tahan lebih lama.
Dan satu lagi, saya gunakan bawang putih dalam cili kisar ini sebab ia boleh bertindak sebagai anti kulat. Insha Allah boleh tahan lama dan tak berkulat.
  1. Simpan
Dah siap bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk. Walaupun nampak biasa, tapi ia boleh bertahan lama.
Memang memudahkan kalau ada stok cili kisar yang tersedia dalam peti sejuk, kan? Bila-bila saja boleh gunakan untuk memasak.
SELAMAT MENCUBA!
Semoga perkongsian ini dapat melancarkan lagi kerja-kerja di dapur anda.
Kalau anda ada tips lain, apa kata kongsikannya bersama kami. Tentu ramai yang akan mendapat manfaatnya.
Silakan share.