Sunday 6 September 2015

Tahniah! Raja Farah, Iskandar Ismail Selamat Bergelar Suami Isteri

Sekali lafaz, Raja Farah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail dalam majlis ijab kabul di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam sebentar tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Raja Farah, Raja Aziz Raja Ngah pada jam 11.50 pagi, bersaksikan Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
Iskandar, 33, membawa lima dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.
Raja Farah, 27, sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010, namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan 9 Ogos lalu di kediaman keluarga Raja Farah di Bukit Jelutong.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang 13 September ini.

No comments:

Post a Comment