Tuesday 29 January 2019

Baru Tahu Rupa-Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat



Masakan orang Malaysia memang tak sah kalau tak pakai cili. Barulah lebih ‘kaw’ dan ‘menyengat’. Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan.
Tapi kadang-kadang cili kisar yang kita simpan dalam peti ais hanya boleh bertahan sekejap. Baru seminggu dah berbau. Kalau lebih lama, mungkin boleh tumbuh kulat pula!
Dalam perkongsian kali ini, kami mendapatkan tips yang amat praktikal untuk buat cili kisar tahan lama oleh Puan Mim Nazihah yang mesra dengan gelaran Kak Mim.
Menurut Kak Mim, inilah cara yang selalu dipraktikkan untuk membuat cili kisar tahan lama. Boleh tahan sampai berbulan-bulan!

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
  1. Potong & Cuci
Pertama sekali, potong cili kering, buang bijinya dan kupas bawang putih. Kemudian, cuci bersih-bersih dengan menggunakan air paip.
  1. Rebus
Seterusnya, rebus cili kering bersama bawang putih sampai cili menjadi lembut. Gunakan air tapisan semasa merebus cili kering dan bawang putih ini.
  1. Toskan
Apabila cili dah lembut, toskan semua cili dan bawang putih di dalam periuk tadi.
Tak perlu basuh lagi sebab tadi ia dah dicuci bersih. Jangan basuh semula guna air paip, takut nanti cili kisar tak tahan lama.
  1. Kisar
Selepas ditos, biarkan sekejap agak-agak cili dan bawang putih dah sejuk sedikit.
Kemudian kisar semua bahan ini dengan menambahkan air tapisan supaya ia dapat tahan lebih lama.
Dan satu lagi, saya gunakan bawang putih dalam cili kisar ini sebab ia boleh bertindak sebagai anti kulat. Insha Allah boleh tahan lama dan tak berkulat.
  1. Simpan
Dah siap bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk. Walaupun nampak biasa, tapi ia boleh bertahan lama.
Memang memudahkan kalau ada stok cili kisar yang tersedia dalam peti sejuk, kan? Bila-bila saja boleh gunakan untuk memasak.
SELAMAT MENCUBA!
Semoga perkongsian ini dapat melancarkan lagi kerja-kerja di dapur anda.
Kalau anda ada tips lain, apa kata kongsikannya bersama kami. Tentu ramai yang akan mendapat manfaatnya.
Silakan share.

No comments:

Post a Comment