Tuesday 29 January 2019

Yamaha R25 Model Terbaru Yang Bakal Masuk Pasaran Malaysia

R25 Yamaha03
YAMAHA Motor Co Ltd telah melancarkan model motosikal popular YZF R25 terbaharu yang telah dinaik taraf dengan rupa bentuk lebih segar dan sporty, sekali gus mengukuhkan lagi dominasi Yamaha dalam kategori motosikal 250cc.
Melihat daripada rekabentuk, sekilas pandang hampir sama seperti Yamaha R15 (v3.0) yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Cuma ianya tampil dengan rekaan bentuk lebih agresif dengan Lampu LED dan bentuk badan lebih tajam. Model ini akan dilancarkan serentak ke seluruh dunia dengan satu lagi model untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) iaitu YZF-R3 sempena majlis Ulang tahun ke-20 Siri R-1.


YZF-R25 akan dilengkapi 249cc sejukan cecair, 4-strok 2-silinder sebaris DOHC dan 8-injap dengan piston aluminium ringan bagi menghasilkan pecutan yang lancar dan kuasa yang mudah dikawal.
Menurut Presiden Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Minoru Marimoto, model terbaru ini akan dihasilkan di kilang Yamaha Indonesia.
Motorsikal Yamaha YZF-R25 2019 dijangka dibawa masuk HLYM ke Malaysia pada tahun hadapan dengan harga lebih kurang sama dengan model terdahulu.
yamaha-r25-2019
R25 Yamaha05
R25 Yamaha04
R25 Yamaha03
R25 Yamaha02
R25 Yamaha01

No comments:

Post a Comment