Wednesday 8 July 2015

Aktiviti yang dapat memberangsangkan minda anak anda

Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak-anak

1. Fur Balls (Mengenal warna)
Ibu-ibu boleh menghasilkan fur balls ini sendiri. Minta anak mengasingkan fur balls ini mengikut warna yang sama. Secara tidak langsung mereka dapat mengenal warna. Sekiranya tiada fur balls, boleh gunakan bola-bola kecil, batang aiskrim berwarna (banyak dijual di kedai alat tulis), ataupun blok-blok kayu berwarna. Ibu bapa harus mengawasi mereka kerana takut mereka masukkan barang-barang tersebut ke dalam mulut.

2. Fur Stick
Cara main: Masukkan fur stick ke dalam lubang-lubang kecil. Contohnya boleh guna penyejat sayur yang ada lubang-lubang kecil tu. Suruh anak masukkan fur stick ke dalam lubang penyejat sayur tu. Ini melatih fokus anak-anak dan merangsang motor halus bahagian tangan anak. Fur stick tu boleh dapatkan di kedai-kedai alat tulis atau di kedai barang kawen. Mudah dan murah.


3. Cop cop cop
Aktiviti nie sangat menarik. Gunakan apa yang ada je kat rumah dan celupkan dalam pewarna kemudian cop atas kertas. Waktu kecik-kecik dulu kita selalu buat. Guna kentang, batang sayur, tangan. Kalau guna tangan boleh kreatifkan lagi untuk hasilkan gambar dinasour ke, arnab ke atau ulat beluncas macam gambar dibawah. Kalau ibi-ibu risau untuk menggunakan warna lukisan yang banyak bahan kimia tu, boleh cuba buat pewarna sendiri. Gunakan tepung, pewarna makanan dan air. Campurkan semua. Jangan buat trlalu cair, nanti lambat kering. Hanya guna sikit je pewarna makanan tu. Kena awasi anak selalu takut anak masukkan dalam mulut.


4. Cut and paste
Aktiviti ini memerlukan kertas berwarna, gunting dan gam. Gambar dibawah boleh dijadikan idea untuk ibu-ibu yang ingin melakukan aktiviti ini. Hanya menggunakan keratan kertas berbentuk love, boleh menghasilkan bentuk gambar yang menarik. Hasilkan gambar yang mereka suka. Ajar anak menggunakan gunting. Gunting senget-senget pun xpe. Ini merangsang tahap fokus anak anda. Emil suka sangat kalau dapat gunting. Memang nampak bahaya, berikan gunting yang hujung dia tak tajam tu.


 5. Car track
Anda tak perlu membeli car track yang mahal-mahal pun. Boleh buat sendiri. Gunakan tape berwarna untuk membuat track kereta. Lepas tu letak la kereta mainan anak-anak atas track tu. Minta anak jalankan kereta tersebut mengikut track yang ada. Aktiviti ini merangsang motor halus anak anda dan melatih anak menjadi lebih fokus. Tiap-tiap minggu boleh tukar corak track yang berbeza, mungkin yang lebih mencabar. 



Menarik kan. Tak perlu keluarkan banyak modal pun untuk mengisi masa lapang mereka. Tak perlu pergi ke mall atau tempat hiburan untuk bermain dengan mereka. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat. Cuma kita perlu kreatif. Dedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti supaya mereka dapat belajar awal diusia muda.

Lagi satu, sila tampal karya anak-anak anda di dinding ke mana ke kan. Ini akan meningkatkan tahap keyakinan mereka. Anak akan lebih menghargai kita nanti. Dan jangan mengeluh kerana rumah bersepah selepas membuat aktiviti ini. Pendidikan anak-anak lagi penting pada masa depan berbanding rumah yang bersepah. Diharap perkongsian ini bermanfaat pada semua.

No comments:

Post a Comment