Saturday 4 July 2015

Pertimbang Nora Danish Untuk Berhijab

nora-danish-hijab

Artis sensasi wanita tanah air, Nora Danish dalam satu kenyataan kepada media ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Safi Rania Gold telah meluahkan hasratnya untuk berhijab penuh seperti yang dilakukan beberapa artis popular sebelum ini.






Namun, Nora belum memutuskan untuk berhijab dalam waktu terdekat kerana sedang dalam proses mensucikan hati dengan mendalami ilmu agama dan sedang membuat persediaan ke arah itu.

Jelas kekasih kepada Nedim Nazri itu lagi, biarlah keputusan berhijab itu dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak atau sekadar untuk berfesyen dan ikut-ikutan.

Ketikan ditanya wartawan berkeanaan reaksi kekasihnya terhadap perhubahan yang ingin dilakukan, Nora memberitahu bahawa Nedim tidak pernah memaksa atau menghalang  niatnya untuk berubah dengan mengambil keputusan untuk berhijab satu hari kelak.


Dalam perkembangan lain, Nora berkata, sepanjang Ramadan ini, dia meluangkan sepenuh masa terhadap anaknya Putra Rayqal Ramli, 6, dan kafe Kopi & Xoxo miliknya di  Bangsar. Nora turut menzahirkan rasa seronok apabila dapat melatih anaknya menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment