Saturday 4 July 2015

Pemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia – Londoncabs

ADAKAH ia satu penghinaan kepada sektor pengangkutan negara kita? di mana pemandu teksi di Malaysia dilabel sebagai pemandu teks paling teruk di dunia?

Di mana silapnya sehingga kita dilabel sedemikian? adakah sekadar propaganda sesetangah pihak atau itulah kenyataannya? kerana nila setiktik rosak susu sebelanga. Kerana perangai segelintir pemandu sedemikian rosak semua nama pemandu teksi di Malaysia.
Menurut laman web Londoncabs.co.uk pemandu teksi di Kuala Lumpur terkenal dengan perangai mereka yang suka mengenakan tambang sesuka hati.
“Walaupun mereka seharusnya perlu mengenakan bayaran mengikut meter teksi tapi kebanyakan mereka menolak untuk berbuat demikian.
“Nasihat terbaik anda hanya perlu menunggu teksi lain sahaja sekiranya mereka tidak mahu menggunakan meter,” kata web berkenaan.
Laman web berkenaan dikatakan mengeluarkan keputusan tersebut berdasarkan undian pelancong yang pernah pergi ke sesebuah negara dan menceritakan pengalaman mereka tentang sistem teksi yang disediakan.
Menurut pelancong yang pernah datang ke negara kita, mereka merungut keadaan teksi di negara kita yang amat daif dan buruk di mana tidak cantik dipandang.
“Kebanyakan pelancong di sana sering berdepan dengan pemandu teksi yang biadap dan sukar untuk memberikan kerjasama dengan pelancong.
“Jika hari itu hujan, anda jangan terkejut kalau mereka minta bayaran dua atau tiga kali ganda di sana,”
Selain faktor tambang yang dikenakan sesuka hati menurut LondonCabs ia juga mengambil kira termasuklah kekangan bahasa dan kredibiliti pemandu.
Berikut adalah senarai penuh menurut portal LondonCabs – Siakapkeli.my
10. Moscow, Rusia
Pemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs
9. Shanghai, ChinaPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs2
8. Kaherah, Mesir
Pemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs3
7. Zürich, SwitzerlandPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs4
6. Mumbai, IndiaPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs5
5. New York, Amerika SyarikatPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs
4. Paris, PerancisPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs7
3. Bangkok, ThailandPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs8
2. Rome, ItaliPemandu Teksi Malaysia Adalah Pemandu Teksi Paling Teruk Di Dunia - Londoncabs9
1. Kuala Lumpur, Malaysia

No comments:

Post a Comment