Sejauh manakah pengetahuan anda tentang sperma atau "si perenang kecil"? Berikut adalah fakta yang mungkin memeranjatkan anda.
#1 Kesihatan lelaki memberi kesan terhadap spermanya

Kajian barubaru ini menunjukkan bahawa lelaki berumur bawah 40 tahun mempunyai sperma yang lebih sihat. Sperma akan menjadi bertambah baik bagi lelaki yang tidak merokok, meminum arak, mengambil pemakanan berlemak dan toksin persekitaran yang lain.
#2 Sperma adalah sangat laju

Menurut pakar urologi terkemuka, Dr. Harry Fisch dari Weill Medical College of Cornell University, ejakulasi kali pertama mengandungi kepekatan sperma yang tertinggi dan berenang lebih laju daripada sebuah kereta Ferrari!
#3 Seks dan masturbasi kerap tak jejaskan penghasilan sperma

Sila ambil perhatian. Sperma lelaki sentiasa dihasilkan tanpa had. Ejakulasi yang kerap mungkin mengurangkan jumlah penghasilan sperma tetapi jika bilangan sperma anda pada tahap normal, tiada masalah.
#4 Sperma kekal lama

Sperma boleh kekal dalam badan wanita selama 5 ke 7 hari, asalkan mukus serviks dalam rahim wanita boleh melindunginya serta membantu mengekalkannya semasa proses ovulasi pada waktu subur seseorang perempuan.
#5 Suhu mengurangkan bilangan sperma

Bilangan sperma akan berkurangan apabila hari panas dan meningkat semasa cuaca sejuk. Pengurangan bilangan sperma boleh berlaku selama berbulanbulan selepas terdedah kepada suhu yang tinggi.
No comments:
Post a Comment