Thursday 18 June 2015

Orkim Harmony ditemui, kru selamat


KAPAL MT Orkim Harmony. - Foto ihsan TLDM KUALA LUMPUR: Pihak berkuasaMalaysia 

kini sedang berunding dengan kumpulan perompak kapal tangki MT Orkim Harmony untuk 

meminta mereka menyerah diri. Perkara itu dimaklumkan Panglima Wilayah Laut I

, Laksamana Muda Datuk Azahari Rashid yang memaklumkan bahawa semua kru kapal 

ditemui selamat. Kapal KD Terengganu, katanya, kini sedang berusaha meminta semua 

perompak terbabit menyerah diri dan berjanji mereka tidak akan dicederakan. 

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan secara terperinci kumpulan yang terbabit dalam 

rompakan kapal itu yang hilang sejak Khamis lalu. Kapal berkenaan ketika ini juga sedang 

diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi 

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Tentera Udara Diraja Australia. Panglima

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pagi tadi mengesahkan 

sudah menemui kapal berkenaan yang dikesan berada di perairan Kemboja. Beliau juga 

mengesahkan bahawa kapal itu sudah ditukar nama dan catnya. Kapal MT Orkim yang 

membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam 

pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal 

termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan 

Myanmar.

 http://www.bharian.com.my/node/62032

1 comment: