Tuesday 16 June 2015

Jantina Malaysia ialah Perempuan

Dahulu bila kita pergi ke luar negara dan penduduk disana bertanya kita berasal dari negara mana. Majoriti tidak mengetahui dimana terletaknya Malaysia bahkan tidak tahu kewujudan Malaysia. Namun setelah wujudnya Menara Kembar Petronas dan Litar F1, negara kita tersohor di dunia. Bahkan peristiwa MH370 dan MH17 membuat negara semakin dikenali dunia.


Topik kali ini adalah mengenai Malaysia sempena bulan Kemerdekaan negara kita.
Bukan mengenai sejarah atau semangat Kemerdekaan yang hendak disampaikan dalam topik ini tetapi tentang nama Malaysia.


Aku sungguh tak percaya nama Malaysia adalah nama Perempuan. Ini kerana seramai 630 bayi perempuan diberi nama Malaysia di US pada tahun 2013. Tiada langsung nama Malaysia diberikan pada bayi lelaki. Sumber ini dikeluarkan oleh Social Security Administration US or kita lebih kenali sebagai Jabatan Pendaftaran Negara untuk negara kita.


So teramat sesuailah pengunaan Ibupertiwi untuk negara kita. Tapi bagi aku tak ada bunyi kewanitaan pun dalam nama Malaysia. Gaya anak jantan adalah.






Sumber  :- Swimmingly, poskod.my dan  Mr google

2 comments:

  1. mana plak takda nama pompuan....awal nama dah nama...Mala.

    ReplyDelete