Tuesday 16 June 2015

Kerajaan dan pembangkang sama sahaja tahinya

Di kala kerajaan BN sedang kuat, parti pembangkang PAS, DAP dan PKR beria2 membentuk gabungan dan sanggup mengetepikan perbezaan dan ideologi semata2 untuk menguatkan diri demi mengalahkan kerajaan BN.

Di kala kerajaan BN sedang lemah dan berpeluang besar untuk dikalahkan, parti pembangkang PAS, DAP dan PKR bergaduh dan berpecah belah.

Ketahian apakah ini?

Janganlah marah kalau lepas ni ada 100 orang Ahmad Maslan jadi menteri.


Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi, kata Lim Guan Eng.

Menurut lidah rasmi parti berkenaan, Roketkini, Setiausaha Agung DAP itu berkata, beberapa tindakan kepimpinan PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara punca perkara itu diputuskan pada mesyuarat yang berlangsung malam Isnin itu.

"Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan dasar bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat.

“Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

“DAP akan bekerjasama dengan PKR dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sumber Mstar Online.

Mungkin ramai juga yang suka akan perpecahan ini terutama penyokong PAS yang tak sanggup pangkah DAP dan juga mereka yang juga tak suka BN tapi takut kepada DAP. Tapi tahukah anda dengan perpecahan gabungan ini, maka BN akan jadi parti tidak terkalah. Ini kerana jika mereka bertanding 4 penjuru seperti dulu kala di mana BN vs PAS vs DAP vs PKR, maka peluang BN untuk menang adalah amat besar kerana undi kepada parti selain BN (ABU/ABBN) telah berpecah.

Malah jika PAS mahu berjuang sendirian dan mempunyai angan2 untuk menang pilihanraya umum terutama di peringkat persekutuan, mereka kena sediakan calon di setiap kawasan yang bertanding di seluruh Malaysia, dan calon tersebut juga bukan sahaja yang sekadar memakai kopiah dan jubah, tetapi juga mereka yang bijak dan pakar dalam bidang2 professional seperti ekonomi, kejuruteraan, undang2, perubatan dan lain2, malah calon2 tersebut haruslah boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia terutama di kawasan yang mereka bertanding.

Adakah korang rasa dengan meletakkan calon Melayu PAS bertanding di kawasan majoriti Cina atau India dia berpeluang besar untuk menang? Adakah dengan meletakkan calon PAS di negeri Sabah Sarawak korang berpeluang besar nak menang? 

Nak menang pertandingan kena bijak, kena ada strategi pasti menang. Bertanding tanpa strategi atau dengan strategi yang bodoh pasti mudah untuk kalah. Kalau hanya bergantung kepada harapan dan perasaan syok sendiri sahaja memang takkan menang lah.

Kat Malaysia ni model parti politik yang boleh menang pilihanraya dan seterusnya membentuk kerajaan persekutuan dan memerintah negara hanya model parti seperti BN, so kalau nak kalahkan BN kena ada satu lagi parti gabungan macam BN tapi bukan BN. 

Takpelah, kita tunggu jelah pilihanraya nanti  macam mana pula ketahiannya.-siakapkeli

tags: pr pakatan rakyat bubar tidak wujud dap pas pkr abdul hadi awang lim guan eng pembangkang kerajaan bn barisan nasional kuat lemah 

No comments:

Post a Comment