Wednesday 17 June 2015

Skuad hoki negara lebih cemerlang

skuad-hoki-negara-lebih-cemerlang
Skuad hoki negara mengalahkan Brazil 3-2 dalam perlawanan persahabatan di HC Kampong, Belanda.
Namun ketua jurulatih Tai Beng Hai berkata para pemainnya belum dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan zon masa dan kekurangan ketajaman.

"Kita sudah jangkakan perkara ini dan bermain mudah bagi mengelak kecederaan dan kehilangan banyak tenaga. Kita melakukan kesilapan di bahagian tengah padang dan tidak menyudahkan peluang menjaringkan gol," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata pemain seperti Firhan Ashaari, Baljit Singh Charun dan Nabil Fiqri memberi persembahan yang baik.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Muhammad Razie Rahim seawal minit kelima menerusi pukulan penalti sebelum dibalas Brazil pada minit ke-20.

Pada separuh masa kedua, Bruno Paes menjaring gol kedua buat Brazil pada minit ke-49, namun Muhammad Razie menjaring gol kedua buat Malaysia pada minit ke-57 juga menerusi pukulan penalti.

Seminit kemudian Shahril Saabah membuat jaringan ketiga buat Malaysia.

Malaysia seterusnya akan menentang Bawah 21 tahun Belanda sebelum berlepas ke Antwerp, Belgium bagi menyertai kejohanan separuh akhir Liga Hoki Sedunia (HWL).Arena

No comments:

Post a Comment