Wednesday 17 June 2015

TIP MUDAH LULUS CEMERLANG IJAZAH/DIPLOMA

Kali ini saya bawa lagi satu coretan dari facebook Al Irfan Jani, seronok kalau dapat bertanya pendapat kepada org ang berpelajaran tinggi dan open mind ne.Saya nak berkongsi dengan anda yg saya petik daripada facebook saudara Irfan ini. 
gambar hiasan

Idea ini sesuai untuk adik-adik yang TERPAKSA ikut pilihan insan sekelilingnya. Saya faham, ada yang tak suka jurusan yang diambil, tapi mereka tak upaya bersuara. Atau minatnya dah beralih arah, sebab terikut-ikut sangat.

Ini saya kongsi siap-siap, satu template nak lulus CEMERLANG dan MUDAH. Kemudian, kalau nak campak ijazah ke tepi pun tak apa, asalkan dapat bahagiakan orang lain (yang sibuk sangat buat keputusan untuk diri adik-adik).

Tip ini sesuai untuk adik-adik yang tak kisah masuk universiti mana, atau tak kisah ambil jurusan apa. Kalau dah TERsalah pilih pun, boleh juga tengok-tengok mana yang sesuai diguna.

Selamat mencuba: 

1) Pergi cari di internet, senarai silibus yang diajar di universiti pilihan. Cetak. Dan dapatkan senarai buku rujukan terlibat (jika ada).


2) Cari video kuliah mengikut senarai silibus, paling saya rekomen di Khanacademy.org, Youtube, atau di Udemy. Laman web ini adalah 'pensyarah' yang PALING MEMAHAMI anda.

3) Kalau tak jumpa video kuliah yang padan dengan silibus, jangan ambil subjek itu. Cari jurusan yang anda boleh SCORE 4.0 semua silibus.

4) Kalau tak jumpa video kuliah, anda cari jurusan yang paling MURAH. Jangan bayar atau biarkan orang lain paksa anda bayar apa yang tidak mahu anda pelajari. Sekarang bukan lagi zaman orang beritahu kita apakah ilmu yang patut kita belajar (sebab ilmu itu sangat banyak). Tapi, ini adalah zaman JOM belajar apa yang kita ingini.

5) Kalau tak tahu nak belajar apa (parah ni), pergi jumpa idola/ikon adik-adik. Contohnya mungkin anda mengkagumi UAI, tanya padanya senarai kuliah/pondok yang patut anda duduki. Kalau minat Tan Sri Ali Hashim, pergi jumpa dia tanya apakah pelajaran atau silibus yang paling mengesankan beliau. Tiru idola anda.

gambar hiasan


6) Nak jadi diri sendiri? Ha, senang, maknanya semua koleksi tip yang dikongsi ini bukan untuk anda. Itu tandanya anda boleh berdikari. Cipta haluan sendiri.

7) Pergi buat duit sambil belajar. Ambil peluang ini, sebab anda berada di dalam lubuk manusia yang 'pemalas' dalam sesuatu kerja. Si pemalas ponteng kuliah, anda jual padanya rakaman video kuliah. Si pemalas nak keluar makan, pergi jual makanan depan pintu biliknya. Si pemalas mandi, ambil servis simbah air pagi-pagi (gurau).

Kalau berhutang adalah pilihan yang paling menyeksakan diri, jangan pula adik-adik tambah seksakan diri belajar ilmu yang tidak mahu diamalkan di kemudian hari.

Menuntut ilmu ni sama macam makan nasi. Kena pandai pilih makanan berkhasiat atau 'junky'. Sebab itu ada beza, antara belajar untuk hidup, atau hidup untuk belajar.

Sekian,

Dari abang yang tak belajar tinggi,
tapi rasa tak puas nak belajar lagi,
dari dunia sisi tidak semesti di universiti...
Al Irfan Jani

No comments:

Post a Comment